RSS

Ikan Bawal Bakar

Ni menu berbuka hr Ahad lepas =)
x sempat nk update pose2 ni.. ni pun singgah jap jer nk kongsi dgn rakan2 blogger semua..


Bahan2:
Ikan bawal
bawang merah
bawang putih
halia
serai
perasa
cili kering
limau kasturi

cara wat:

blend bawang, cili, halia, serai..masak jap hingga naik bau..
perapkan sedikit pada ikan... biarkan jap..kemudian bakar
makan dgn pencicah air lada td +perahkan sedikit limau kasturi

selamat mencuba =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikan Tukko (Pari) + Air Asam

Waduh, sejak bulan pose ni memg xsempat2 nk update menu kt blog ni... secara kebetulan anakanda tdo ni, update jap menu berbuka semlm... ikan pari bakar dgn air asam...

Bahan ikan:
Ikan Pari (perapkan dgn sedikit garam+aji+lada sulah)
Bakar =)


Bahan air pencicah:


2 sudu teh asam jawa
½ sudu teh belacan (bakar sikit lg best)
10 biji cili padi (dihiris) -ikut citarasa nk pedas tambah lg
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dipotong dadu) -klu xde xpe

2 biji bwg kecil dibakar


Sedikit garam, gula, gula melaka
Limau kasturi (ambik air jer)




Cara: 


  • Masukkan air suam ke dalam bekas berisi asam jawa (guna pes pun xpe)
  • masukan semua bahan yg dihiris td dlm air asam jawa
  • tumbuk belacan, gula melaka dan bawang bakar.. masukkan sekali dlm air asam
  • tambah garam dan gula ikut rasa
  • perah asam limau
  • siap utk dihidangkan =)
pasti best..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikan Percik

Hari ni rasa rajin lak nk msk..kebetulan mertua tanya nk msk ape yg best utk ikan..asyik goreng jer bosan gak..tiba2 terdetik nk wat ikan percik... wp agak lmbt tp ok la anak2 mertua jaga.. jom tgk resepi.

Bahan Perap ikan:
Ikan Kembung
Serai , halia, bawang putih, garam, kunyit (dikisar halus dan gaul dgn ikan)

Bahan Kuah:
Santan
Serai, bwg merah, halia, sedikit beras utk pekatkan kuah (kisar)

cara msk:

ikan yg diperap dibakar - ketepikan

utk kuahnyer, masukkan bahan kisar ke dalam santan dan masak atas api yg sederhana..jgn lupe kacau nt santan berketul..kacau hingga kuah pekat. Kemudian siramkan atas ikan yg dibakar td dan bakar sekali lagi.

siap utk dihidangkan.. selamat mencuba =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rendang Ayam



Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1kg daging- potong kecik-kecik - sy tukar ayam..
2 peket kecik rempah kurma - gune sepeket je nk jimat..kes3..
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa 

****BAHAN KISAR**
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1/2cm halia
1-1/2cm lengkuas
15-20 biji cili kering
***BAHAN MAYANG ***
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit 

Cara-cara
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pulut Durian

Bestnyer dpt mkn pulut durian, ada santan yg ditambah sedikit garam, nissan keret... gula... fuhh..nyakut molek... jom mkn semua...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerabu Pucuk Paku

ikan yg direbus

Pucuk paku dicelur sekejap...

Sebiji kelapa, separuh digreng, separuh lagi diperah dan diambil santannye

Inilah hasilnyer.... tumbuk bawang merah, lada hitam, isi ikan dan campur sedikit garam serta gula . Gaulkan rata bersama pucuk paku yg dicelur n ditoskan td..kemudian masukkan santan dan gaul hingga sebati..siap utk dimakan... sedap dgn nasik panas ni...

selamat mencuba


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mee Goreng


Hari ni kita sarapan dgn menu mudah n cepat..jom menjamu selera

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Daging singgang Kicap

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hati Goreng Kunyit

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikan Aya Singgang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bubur Kacang Hijau

Jom merasa penangan bubur kacang ni... best3..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Che Mek Molek

Ni kuih che mek molek atau org tganu panggil mek comel.. nk wat pun senang, asal ada ubi keledek, gandum, gula & minyak utk menggoreng..cepat, mudah dan sedap dimakan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Pelangi

Cara wat lebih kurg sama dgn puding marble cuma xperlu guna roti jer.. lagi banyka warna lagi meriah terutamanya warna pelangi..asal rajin jer cr warna :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Marble

Puding ni best n senang nk wat.bahan pun senang dicari...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Labu Sira

Sedap dimakan dgn nasi panas atau dijadikan pencuci mulut. Nak masak pun senang jer, hiris labu kemudian rendam dlm air kapur. Pah masukkan labu dlm periuk bersama gula, bunga cengkih, daun pandan dan sedikit santan. masak atas api yg sederhana. tunggu hingga labu masak dan boleh dimakan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Daging Halia

Menu kegemaran En Hubby, menu wajib kalau beli daging...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Paprik Ayam Putih

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Dagang Kelate

Ikan aya disinggang

Rendam beras perang (nasi dagang)

Kukus nasi dagang sblm digaul dgn santan yg dimasak dgn bawang, halia, halba. kemdian kukus sekali lagi.

kari ikan aya

Siap utk dimakan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengat Pisang




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masak Lemak Kepala Ikan Merah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terung Masak Pedas

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Solok Lada+Terung

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Daging Masak Kerutuk

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ubi Kayu Sira

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerabu Mangga Bersantan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayam Masak Taucu


Bahan:

  • Ayam
  • Serai batang
  • Halia
  • Cili besar ( nk pedas letak cili api)
  • Cili boh / cili kering kisar
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Bawang besar (hiris bulat)
  • Taucu
  • Tomato, carrot, kacang panjang
Cara masak:

  1. Bersihkan ayam n toskan
  2. Kisar bawang merah, putih, halia, serai n taucu..ketepikan
  3. kacang n carrot dipotong panjang. cili potong nipis (leh blend sekali bawang klu nk) tomato belah 4
  4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar +cili boh hingga naik bau... bila dh naik bau masukkan ayam dan tutup hingga ayam masak.
  5. Bila ayam dh masak dan sebati, masukkan sayur, bwg besar & cili besar
  6. last sekali masukan perasa n tomato
  7. Siap utk dihidangkan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Udang Masak Lemak


Bahan:

  • Udang
  • lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Cili padi
  • Bawang Merah
  • Santan
  • Perasa
  • Beras ( utk memekatkan kuah)
  • timun batang ( leh gak tukar dgn belimbing buluh, kacang, bendi dll yg sesuai)


Cara buat:

  1. Basuh udang bersih2 n toskan
  2. Tumbuk cili padi, lengkuas, kunyit, bawang (tambah secubit beras utk memekatkan kuah)
  3. Masukkan bahan yg ditumbuk dlm santan dan masak atas api yg sederhana, kena selalu kacau klu x nt santan akan berketul2... Bila mengelegak masukkan udang & timun batang yg dipotong memanjang.
  4. Last sekali masukkan perasa
  5. Siap utk dihidangkan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perut Lembu Air Asam


Menu yg mudah dah ringkas. Sila cuba yer, sgt sedap...

Bahan yg diperlukan:

Semestinyer Perut Lembu ( perut muda yg paling mudah disediakan)
Asam Limau Nipis
Bawang Besar
Cili Besar (nk pedas boleh cili api)
(leh tambah aksesori mcm timun btg, carrot yg diparut halus, gaul sekali)  xletak dlm pic ni..
Perasa (garam, gula, aji dll)

Cara buat:

Basuh perut bersih2, kemudian rebus hingga masak... bila dh masak nt potong kecil2 (ikut citarasa). Kemudian gaul dlm air rebusan td dan tambah semua bahan2. Pandai2 la rasa ikut sedap rs.. Bestbmkn dgn nasi panas...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Daging Singgang


Bahan:

  • Daging ( bahagian urat keting paling best singgang)
  • Bawang merah
  • Cili kering (hiris kecil2)
  • Rempah (ketumbar) tumbuk halus
  • asam keping
  • lada hitam (tumbuk halus)
  • sedikit halia
  • sedikit lengkuas
  • Perasa


cara masak:

  1. Potong daging, basuh, toskan
  2. Bawang merah, halia, lengkuas dimayang halus digaul bersama daging hingga sebati. Masukkan sekali ketumbar, lada hitam. Kemudian masak atas api yg sederhana hingga daging empuk bersama sedikit air
  3. Bila daging dh empuk, masukkan air (sukatan ikut citarasa) sbgi kuah & tambah asam keping, cili kering dan perasa
  4. Boleh dihidangkan



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Butir Nangka


Bahan-bahan:

Bahan A

  • Tepung Pulut
  • Pewarna hijauu @ air daun pandan
  • Sedikit Kapur
  • Garam


Bahan B (kuah)

  • Santan
  • Halba
  • Gula
  • Garam


Cara buat:

  1. Tepung pulut digaul dgn air daun pandan/ pewarna hijau bersama sedikit air kapur & garam..gaul sebati hingga boleh diuli dan ketepikan
  2. Masak kuah santan, panaskan santan hingga mendidih, kemudian masukkan gula, halba, garam. Bila dh mendidih, gentelkan adunan tepung tadi sebesar biji nangka dan dimasukkan dlm kuah santan. Bila tepung dh terapung, maknanyer ia dh masak.
  3. Sedap dimakan panas2. selamat mencuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pulut Kelapa Ikan Kering


Bahan:

Beras pulut
Kelapa (jgn terlalu tua sgt)
Ikan masin (leh tukar dgn ikan goreng, ikan bilis..ikut selera)

Cara buat:

Masak beras pulut mcm biasa (klu nk tanak atas dapur pastikan ms nasi pulut tgh mengelegak, buang air dia..klu tak sure nasi jd lembik. nk selamat better kukus jer)

Kelapa diparut, digaul perasa (garam n gula secukup rasa)

Sediakan ikan masin (bakar atau goreng)

Best mkn time pg atau time ujan :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Kerabu

Bahan2:

Bahan A ( nasi)
Beras
Sedikit santan
Pewarna biru ( bagi yg nk warna, klu xde warna putih pn ok)
Daun Pandan
Daun Limau purut

* cara masak : basuh beras & masak mcm biasa cuma tambah pewarna( klu nk warna) + santan + garam +daun pandan +limau purut..tggu jer nasi masak.

Bahan B (Kelapa goreng)

Kelapa (digoreng garing)
Gula melaka
Isi ikan (rebus/bakar)
Bawang merah
Lada hitam
Perasa (garam, gula, aji)
(klu suka leh tambah serai batang diracik halus)

* cara buat : kelapa yg digoreng ditumbuk halus, kemudian tumbuk bawang merah, lada hitam, isi ikan dan gaul dlm kelapa td hingga sebati. kemudian racikkan gula melaka dlm kelapa & tambah perasa..dh siap utk dimakan...


Bahan C (Kerabu)

Ambik jer mana2 pucuk dlm kebun yg leh wat kerabu mcm pucuk serai, kesum dicampur timun batang, kacang panjang, tauge, bunga kantang diracik halus, kobis = xkisah janji asal ada kerabu

Bahan D (sambal & budu)

Sambal : xsusah wat sambal cuma tumbuk cili api hingga lumat, kemudian masukkan perasa dan sedikit cuka mkn atau asam limau..dh siap

budu : klu nk mkn nasi kerabu kena masak budu br best. Masukkan bawang merah, perahan asam limau, sedikit cili api dan masak atas api sederhana, klux nk pekat sgt, masukkan sedikt air..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Daging Masak Kurma


Bahan-bahan:
  • Daging
  • Rempah Kurma
  • Bawang merah bwg putih (mayang halus)
  • Halia (mayang halus)
  • Asam Limau
  • Ubi Kentang (belah 4)
  • Santan @ susu cair
  • sedikit susu pekat (klu letak susu pekat)
  • Minyak (utk menumis)
  • Rempah kasar ( bunga cengkih, pelaga, kayu manis, bunga lawang : ikut sukatan bpe byk nk msk)
  • Perasa (garam dll)
Cara masak:

  1. Potong daging (lintang urat) supaya daging xliat, basuh & toskan
  2. Panaskan minyak & tumis rempah kasar hingga naik bau, kemudian masukkan bawang merah, putih dan halia yg telah dimayang..tumis hingga kekuningan.
  3. Bila bawang dh naik bau, masukkan rempah kurma yg telah dijadikan pes, tumis hingga pecah minyak.... bila dh pecah minyak baru masukkan daging & biarkan hingga daging empuk..
  4. Bila semua dh sebati masukkan santan & ubi kentang
  5. bila dh mendidih & kentang dh masak, masukkan perasa & sedikit perahan asam limau
  6. Boleh dihidangkan dgn nasi panas


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Asam Pedas Ikan Baung

Bahan-bahan:
  • Kunyit
  • Ikan Baung
  • Cili Padi (ikut citarasa)
  • Sedikit Beras
  • Lengkuas
  • Bawang Merah
  • Asam Keping
  • Perasa
Cara memasak:

  • Tumbuk kunyit, cili, lengkuas, bawang dan beras hingga lumat & sebati
  • Cuci ikan & toskan
  • Masukkan bahan yg ditumbuk td dlm periuk bersama ikan dan gaul sebati
  • Masak dgn sedikit air, masukkan asam keping dan perasa
  • boleh dihidang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sambal Mangga Muda


Bahan-bahan:

  • Cili padi
  • Ikan Masin @ ikan bilis
  • Mangga Muda
  • Sedikit Perasa (Ajinamoto, gula,garam)

Cara membuat:

  • Bakar ikan masin hingga separuh masak
  • Tumbuk cili padi hingga lumat (ikut citarasa) bersama ikan masin yg telah dibakar (leh tukar pd ikan bilis)
  • Mangga muda dikopek dan diracik halus, kemudian gaul bersama ikan dan cili td
  • Tambah perasa ikut citarasa masing2 (klu dh guna ikan masin xperlu garam)
Jangan lupe cuba..sedap dimakan dgn nasi panas...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS